SOALAN LAZIM

1. APAKAH KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN?

Kad Ceria merupakan kad DISKAUN ke atas pembelian di lebih 3,490 rakan dagang yang melibatkan lebih 3,798 premis perniagaan terpilih yang telah menjadi rakan dagang Kad Ceria.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha menangani kos sara hidup bagi warga Wilayah Persekutuan.


2. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA KAD CERIA?

Kad Ceria dikhususkan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


3. APAKAH TUJUAN PROGRAM KAD CERIA?

- Program ini merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha menangani kos sara hidup bagi warga Wilayah Persekutuan;
- Membantu warga Wilayah Persekutuan dalam merancang dan mengurus perbelanjaan harian secara berhemah.


4. APAKAH KEISTIMEWAAN KAD CERIA?

- Diskaun sehingga 70% bagi pembelian barangan, makanan dan perkhidmatan;
- Melibatkan lebih 3,490 rakan dagang yang melibatkan lebih 3,798 premis perniagaan; dan
- Kadar diskaun untuk penyewaan fasiliti terpilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
- Menyediakan kemudahan “e-wallet” kepada pemegang Kad Ceria dan rakan dagang.


5. APAKAH PERANCANGAN KAD CERIA?

Kad Ceria akan sentiasa ditambah baik dengan kepelbagaian penggunaan dan memperluaskan penggunaan e-wallet serta penyertaan rakan dagang.