BERITA TERKINI
  •   13-12-2017 :

    Syarikat Besteel Engtech adalah syarikat pemaju perumahan RUMAWIP di bawah KWP yang menawarkan diskaun RM 2,000 dalam pembelian unit RUMAWIP di KEPONG. Boleh semak projek syarikat ini di pautan https://rumawip.kwp.gov.my/.

  •   04-12-2017 :

    RAKAN DAGANG TERKINI!
    SECRET RECIPE menawarkan 10% diskaun di 36 cawangan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

  •   04-12-2017 :

    Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan KAD CERIA yang dicetak on the spot boleh temui kami di booth pameran di PWTC sempena Perhimpunan Agong UMNO mulai 5 hingga 9 Disember 2017.

  •   06-08-2017 :

    Berita baik untuk semua PENJAWAT AWAM di Wilayah Persekutuan !!! Anda adalah LAYAK untuk membuat permohonan Kad Ceria Wilayah Persekutuan.
    Mohon SEKARANG dan nikmati DISKAUN yang istimewa.
    Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada kadceria@kwp.gov.my

  •   25-07-2017 :

    Penerima Kad Ceria (melalui permohonan online) boleh menyemak status permohonan di menu SEMAKAN dan sekiranya berjaya, tempat pengambilan kad adalah di tempat berikut:
    URUSETIA PROGRAM KAD CERIA WP
    Bahagian Pembangunan Sosio-Ekonomi
    Tingkat 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah,
    Kementerian Wilayah Persekutuan, Presint 2, 62100 Putrajaya

    Jadual masa bagi kutipan Kad Ceria, tuan/puan dipohon untuk semak di menu SEMAKAN.

  •   25-07-2017 :

    Penerima Kad Ceria (tanpa permohonan) bagi kawasan Putrajaya bermula mulai hari ini, tuan/puan tidak perlu lagi mengambil Kad Ceria di Pusat Khidmat Masyarakat Putrajaya kerana kad ini akan diedarkan dari rumah ke rumah melalui serahan tangan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017. Sila semak status tuan/puan di menu SEMAKAN. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Putrajaya di talian 03-8888 5761.

  •   19-06-2017 :

    Perhatian kepada warga Bandar Tun Razak, sila cari logo ZON KAD CERIA. Lebih 50% pekedai kawasan ini menerima Kad Ceria! Jangan tunggu lagi jom daftar Kad Ceria sekarang di https://kadceria.kwp.gov.my/

  • Apa itu
    KAD CERIA?

    Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.




  • Sasaran
    PENGGUNA

    Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja.







  • Keistimewaan
    PEMEGANG KAD

    1) Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
    2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
    3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan

    4) Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
    5) Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
    6) Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
    7) Panduan, maklumat serta info terkini berkenaan cadangan / komen orang ramai tentang barangan / makanan / perkhidmatan yang istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan / murah.

    Selanjutnya
  • Keistimewaan
    RAKAN DAGANG

    INSENTIF RAKAN DAGANG KAD CERIA OLEH DBKL
    1) Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    2) Diskaun lesen penjaja 60%
    3) Diskaun lesen premis perniagaan :
       i. 10% = 1 tahun
       ii. 15% = 2 tahun
       iii. 20% = 3 tahun

    4) Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
    5) Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
    6) Promosi kepada perniagaan anda secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
    7) Pengiktirafan daripada KERAJAAN kepada PERNIAGAAN anda


    Selanjutnya